Angry bird..game favourite haiqal

Monday, June 4, 2012

sedih...kecewa...sakit hati...tak tau nak kata

4hb June 2012 jam 5ptg:
Peristiwa yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Apa yang terjadi biar la rahsia yang tak akan di ceritakan. Hanya hati kecil aku ni dan Tuhan saja yang tau. Semua terjadi terlalu pantas seperti masa yang berlalu begitu pantas sekarang ni.

Kehidupan ini kadang seperti lilin...kadang-kadang cerah dan kadang-kadang gelap tanpa cahaya. Jiwa aku pun kosong ketika ini. Aku tak tahu apa yang aku fikirkan. Yang aku tau, aku trus mengalirkan air mata tanpa henti, tanpa alasan...cuma hati ini teramat sedih.

Aku harap akan mendapat kekuatan dalam diri ini demi anak-anak yang masih memerlukan aku. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang hambaNya hadapi dan perjalanan hidup mereka seperti mana. Aku redha. Aku berserah. Kadang-kadang blog ini menjadi tempat luahan aku, sedikit sebanyak aku dpt buang segala tekanan yang di alami. Wanita ini tidak lari dengan air mata walau setinggi mana ego mereka, tetapi hati mereka seperti kaca yang senang serpih dan berkecai.

Yang benar : QaS

No comments:

Post a Comment